
Anonymous
5 tahun
Period dtg terlalu lama biasa 7 hari tetapi sekarang ini smpi 14 hari apa punca
Nama saya wan noriyah dan sekarang ini saya Amat risau biasanya saya period selama 7 hari hingga 8 hari sejak akhir2 ini period sy dtg smpai 14 ke 15 hari ini Amat merisaukan saya dan apa ptut saya buat tlng la saya

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan termasuk:
- Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
- Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
- Polip di rahim atau serviks
- Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Barah di pintu rahim atau dinding rahim
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Gangguan hormon sering menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan perdarahan haid yang berpanjangan. Gangguan hormon ini juga boleh menyebabkan senggugut. Kondisi ini dikenali sebagai dysfunctional uterine bleeding atau DUB. DUB merupakan sejenis diagnosa eksklusi.
Maknanya, doktor seharusnya telah menjalankan pemeriksaan dan ujian yang secukupnya untuk memastikan tiada punca lain yang menyebabkan perdarahan haid berpanjangan selain gangguan hormon.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih