
Sulit
3 tahun
Period lambat 14 hari tapi dh cek upt 4 kali negatif,
Hi doktor ,sye berumur 25 tahun sudah berkahwin selama 1 tahun 7 bulan baru2 ni sye mendapat tahun ada penyakit tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi kerana megalami sakit kepala yg teruk hingga .untuk bulan ini sye lmbt period dan ada tanda2 seperti cramp di bahagian ari2 rasa nk berjalan pun rasa mcm berat dan mudah rse penat pening dan mual ,loya .adakah saya ada kemungkinan untuk pregnant kerana risau jika ada sebab lain atau ini disebabkan penyakit sye yg diatas .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah haid lewat. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui jika anda adalah hamil, anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan. Anda juga digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi