Sulit
3 tahun
Period lewat sebulan lebih
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang isu period. Saya sudah berkahwin 3 bulan lebih. Sebelum ini saya tiada masalah period lewat. Tetapi start bulan disember 2020 lalu, saya mula lewat period. Sudah 43 hari lewat termasuk pada hari ini. Tapi bila cek result upt negative. boleh doctor bagi penjelasan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jika anda menjalankan ujian kehamilan sendiri dan dapati negatif, anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan di klinik untuk mendapatkan keputusan yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.