Sulit
3 tahun
Period non sto syaa Ada fibroid umr 47
Sya ada fibroid. Period sya sblm ni normal ja… 5-6 hari dh kering. Tp sejak 5/7 period sya lama. Stop 2 hari kemudian dtg balik smpai bln 8…Sy baru consume sonulat utk stop darah
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala haid berpanjangan boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin/ibuprofen
Berdasarkan penerangan anda, anda ada mengalami masalah ketumbuhan fibroid dan ketumbuhan ini juga boleh menyumbang kepada gejala haid berpanjangan. Namun anda hendaklah mendapatkan kepastian dengan berjumpa doktor.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.