Sulit
3 tahun
Period tak tentu , terlalu sedikit
Hi doktor, saya berumur 22 tahun dan pada bulan 8 saya period sedikit sahaja dalam beberapa hari lepastu bulaan 9 saya period macam biasa tetapi bulan 10 ini period saya terlalu sedikit hanya setompok sahaja. Adakah ia normal atau tidak ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid yang sedikit pada bulan ini. Untuk makluman anda, haid yang sedikit boleh ditafsirkan sebagai gejala yang tidak perlu dibimbangkan, terutamanya sekiranya anda mengalami perkara tersebut pada kali pertama. Perkara ini boleh dipengaruhi oleh ketidakseimbangan hormon yang berlaku sepanjang kitaran haid anda yang lepas. Selain itu, ia juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor am seperti:
- Senaman berlebihan
- Makanan yang tidak seimbang
- Berat badan yang tidak seimbang
- Gejala stress dan tekanan emosi
- Kurang rehat atau tidur
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk memperbaiki faktor-faktor yang berikut bagi mendapatkan kitaran haid serta kesihatan umum yang sihat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak banyak? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!