
Sulit
4 tahun
Period tak teratur ( merancang nak hamil )
Selama dua tahun sy mngambil suntikkan depo slepas bersalin . bulan lepas saya dah stop , sbb nak mrancang pregnant lg . 5 hari lepas saya ada period , tapi tak banyak . sejak kbelakangan ni , perut saya mcm krem . pinggang pun sakit . breast bdenyut je rasa . skrang ni sy ada mngalami spotting darah kluar . boleh saya tau kenapa dan mcm mana nak bg period teratur .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, secara purata seorang wanita boleh mengambil masa 9-10 bulan untuk menjadi subur semula dan ovulasi selapas berhenti suntikan perancang kehamilan.
Kami sarankan anda mencuba demikian untuk memperbaiki kitaran haid anda iaitu:
- Kurangkan stress
- Amalkan pemakanan yang sihat mengandungi fiber dan vitamin
- Cukupkan rehat dan tidur
- Amalkan senaman yang seimbang (tidak kurang dan tidak lebih).
- Banyakkan minum air
- Kurangkan pemakanan yang kurang berkhasiat
- Kurangkan merokok dan minum alkohol.
Sekiranya gejala ini berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini untuk mendapatkan siasatan kesihatan lebih lanjut bagi mengenal punca masalah anda, serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!