
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur dan spotting berwarna coklat
Hi doc, period sy tak datang sejak januari 2021. Pada march 2021,sy ada tanda-tanda datang bulan,dan ada spotting coklat pada awalnya. tetapi sepanjang seminggu hanya spotting coklat sahaja yang ada. Bila sy buang air kecil,ada keluar seperti darah period,tetapi pada tuala wanita tiada darah seperti darah period,hanya spotting berwarna coklat sahaja. Sekarang, spotting coklat berkurangan, tetapi bila saya cuba memasukkn jari ke dalam faraj utk check,ada lendiran seperti darah period. saya bimbang adakah ia tanda awal kanser serviks? dan bagaimana boleh saya dapatkan rawatan pap smear?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sebagai maklumat tambahan, pap smear merupakan salah satu bentuk saringan untuk melihat sel-sel serviks seseorang wanita. Sekiranya keputusan pap smear tidak normal, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Berkenaan di mana anda boleh membuat prosedur pap smear, anda boleh lakukannya di mana-mana klinik kesihatan atau klinik swasta yang menawarkan servis pap smear tersebut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda menunjukkan tanda awal kanser serviks melalui pertanyaan forum sahaja kerana lebih banyak maklumat diperlukan dan juga pemeriksaan secara fizikal dan klinikal perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mencari punca pendarahan spotting dan haid tidak teratur yang dialami oleh anda. Oleh itu, kami sarankan anda merujuk perkara ini kepada doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.