Sulit

2 tahun

Period Tidak Teratur Sejak bulan tiga tahun lepas selepas cucuk ubat rancang

Saya berumur 24 tahun… Last year saya ada amek ubat depo cucuk tuk rancang mengandung… Last cucuk bulan tiga tahun lepas… Slps dari tu x ambil dah… Sbb period saya tak dtg selepas dari itu… Skrg ni bln 5 ni ada darah dtg (3 ari sblum raya) tp… Kuantiti yg sdikit… Kaler nya pun seakan merah koko tp lbih kpd koko dan sgt cair… Hanya 4 hari pertama kemudian… Stop… Tp hari ni 18 may dtg lg… Pun sama cair… Selama duration tu saya sakit kpala, ari2 mcm sengugut… Cuba tuam… Cuba minum bnyk air suam panas… Dan mkn nenas tetap x ada hasil tu lancarkan darah… Harini… Mmg sakit kpala sgt dan bhagian ari2… Apa yg ptut saya buat… P klinik atau… Cmne?

Hai, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan dan kerisauan yang anda hadapi pada waktu ini. Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur ini merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat dan kebiasaanya adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita. Seterusnya ia akan mempengaruhi kitaran haid. Antara punca kitaran haid tidak teratur adalah :

  • Ketidakseimbangan hormon
  • Gangguan stress
  • Senaman yang berlebihan
  • Berat badan yang tidak seimbang
  • Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
  • Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
  • Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
  • Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
  • Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
  • Kanser ovari atau rahim
  • Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
  • Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Menurut dari situasi anda, kemungkinan besar bahawa gejala haid tidak teratur anda adalah disebabkan oleh faktor-faktor am seperti yang dinyatakan di atas. Oleh itu, kami sarankan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi memperbaiki kitaran haid anda iaitu:

  • Kurangkan stress
  • Amalkan pemakanan yang sihat mengandungi fiber dan vitamin
  • Cukupkan rehat dan tidur
  • Amalkan senaman secara berkala
  • Banyakkan minum air
  • Kurangkan pemakanan yang kurang berkhasiat
  • Kurangkan merokok dan minum alkohol.

Sekiranya gejala ini berlarutan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan untuk mengenal punca masalah anda dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

AdobeStock_127296206

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)