Sulit
3 tahun
Period yang lama menggangu saya untuk solat dan rasa tidak selesa
Saya wanita umur 19 , saya start keje tahun lepas bulan ramadhan dan saya period 2 kali dlm bulan tu. Start 1hb 6 last year saya period semulaa dan sangat lama ambil masa dlm 24 hari tp period sikit sahaja , dan bulan seterusnya sama je mcm tu jgak sampai la bulan 12 tahun lepas . Tp bukanlah period yg terusan ada je berhenti tp 1 week je tu paling lama. Dan bulan 1 tahun ni saya period ujung bulan tp darahnya sikit sahaja . Dan period tu tetap ada sampai sekarang dah nak masuk 3 week period yang banyak . Boleh saya tau kenapa dan apa penyakit saya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari manakala tempoh alirannya pula di antara 2 hingga 7 hari. Sekiranya terlebih atau kurang, anda perlu merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- Masalah pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah (warfarin)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Walaupun begitu, kami tidak dapat memberikan apa-apa diagnosis berkenaan masalah anda kerana lebih banyak maklumat diperlukan dan siasatan perlu dilakukan untuk mencari punca masalah haid anda.
Saranan kami adalah anda perlu merekod kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga perlu berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Sakit perut
- Lemah dan lesu
- Pucat
- Jantung berdebar
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Pitam atau hampir pitam
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.