
Sulit
4 tahun
Pertanyaan mengenai ubatan
Selamat sejahtera dr, saya mengalami tinea versicolour for almost 3 year , saya telah mencuba krim yang direkomendasi oleh pharmacies , krim itu. berkesan tetapi tinea versicolour ni dah merebak banyak jadi kurang practical untuk menggunakan krim.
Saya tidak mengambil apa apa ubatan dan tidak mempunyai penyakit kronik .
Jadi bolehkan saya menkonsumi fluconazole untuk merawat? 150mg /week fluconazole mesti diambil selama berapa tempoh ye? Atau sehingga gejala tiada. Adakah doses 150mg itu sesuai ? Pharmacy merekomendasikan terbinafine 200mg/daily tetapi berdasarkan research saya buat terbinafine tidak effective merawat tinea versicolour.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan masalah tinea versicolor yang anda hadapi. Untuk makluman anda, fluconazole adalah antara ubat yang menjadi pilihan untuk merawat tinea versicolor. Dos yang dicadangkan adalah dos tunggal (150mg hingga 300mg) setiap minggu selama 2 sampai 4 minggu.
Namun begitu, berkenaan gejala anda yang sudah merebak, saya mengesyorkan anda untuk berjumpa secara langsung dengan doktor supaya doktor dapat mengevaluasi/ melihat keadaan kulit anda agar rawatan yang lebih tepat dapat diberikan. Pengambilan sebarang ubat secara oral/makan sebaiknya mendapat nasihat (prescription) daripada doktor terlebih dahulu untuk mencegah kemudaratan atau kesan sampingan ubat yang tidak diingini berlaku.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih