
Sulit
5 tahun
Pertanyaan simptom tibi
Hello doc…
nak tanya sya berumur 26 dan saya seorang perokok…dan tonsel saya bernanah…tetapi sejak kebelakangan ini saya mengalami batuk ,tulang bhagian rusuk saya sakit tangan kiri saya terasa kebas dan malam saya kuat berpeluh adakah ini faktor ini saya di jangkiti tibi? atau tidak.saya ada rujuk kepada klinik swasta tetapi doc tersebut memberitahu saya tak dapat refer ke hosp kerana tonsel saya smasih bernanah.saya batuk17/03 sehingga kini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berikut merupakan simptom-simptom jangkitan tuberkulosis:
- Batuk melebihi 2 minggu
- Hilang berat badan secara mendadak
- Demam lebih 2 minggu
- Berpeluh pada waktu malam
- Benjolan di badan
- Batuk berdarah
- Sakit dada
- Keletihan melampau
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk pemeriksaan teliti. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.