
Sulit
4 tahun
Perubahan diri sejak minggu lepas
Hi doc, saya nak tanya, kebelakangan ini saya rasa perubahan dengan diri saya, seperti contoh:
- sakit kaki dan lutut
- cirit birit
3.pening kepala
4.sakit dada kalau terlalu aktif
5.cuaca persekitaran saya terasa sejuk sedangkan orang lain merasa panas.
Adakah perubahan diri saya ada kaitan dengan covid 19? harap doc boleh jawab soalan saya, terima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda, lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan dalam ruangan soalan:
- Keracunan makanan
- Demam denggi
- Tibi atau tuberkulosis
- Demam viral
- Jangkitan saluran pernafasan (sakit dada)
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengenai keadaan anda. Anda perlu membuat pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui puncanya. Ia tidak semestinya berkait dengan COVID-19. Berikut merupakan gejala-gejala yang digariskan oleh WHO:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mempunyai kontak rapat atau pernah pergi ke kawasan disyaki mempunyai kes, kami sarankan anda untuk memerhati keadaan anda dan menelefon pihak berkaitan.
Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Kami di DoctorOnCall juga menyediakan khidmat ujian COVID19 dari rumah anda. Klik link ini untuk maklumat lanjut.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini