Sulit
2 tahun
Pesakit covid CT value 26
hai.
suami saya berumur 36 tahun. d dapati covid +ve pada 28 sept bila buat oral test sendri d rumah. n swab pcr utk conformation pd 29 sept. anak2 sy CC di tadika pada 21 sept n kmi dapat tahu pada 26 sept. ank sy demam pd 22 sept hingga 23 sept n lepas tu sihat seperti biase. 27 sept ank2 buat rtk n result -ve. soalan sy. adakah suami sy dapat virus ni dari tadika or dari tempat kerja. cz last suami sy bkerja pada 26 sept. balik kerja die da mula selsema. 22 sept - 25 sept die sihat je n buat saliva test -ve pd 22 sept . suami sy bkn cc d tadika, coz yg urus kan ank2 tadika adalah sy. cuma kmi selang seli jaga ank demam pd 22-23 sept. so far, sy n ank2 sihat hanye suami sy je. kami d arah kuarantin selama 10 hari. incase dlm masa 10 hari. suami msih ade gejala, adakah virus tu dah x merebak? n kami dah x plu kuarantin? suami sy kerap selsema. tu yg confuse selsema biase o covid. test sndri pon sbb saya x sedap hati. kalau tak. suami sy da bekerja n sebar kn virus. .
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami suami anda disahkan positive Covid-19 dan anda ingin mengetahui punca jangkitan suami anda. Kami akan cuba membantu anda.
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian tentang punca jangkitan virus kepada suami anda kerana kami perlu maklumat lanjut dan melakukan contact tracing untuk mengetahui jika individu lain yang mempunyai kontak rapat dengan suami anda. Mengenai penyebaran virus, kajian menunjukkan bahawa kadar kebolehjangkitan virus ini adalah rendah selepas tamat tempoh kuaratin. Namun, jika suami anda masih bergejala, sebaiknya ujian Covid dilakukan untuk mengetahui status jangkitan suami anda. Jika anda memerlukan nasihat lanjut, anda boleh menghubungi CAC berdekatan dengan anda ataupun dapatkan konsultasi online bersama doktor kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini