
Sulit
3 tahun
Pesakit psoraisis & gout
Saya berumur 61 tahun, dan menghidapi penyakit psoriasis, gout (uric asid tinggi), darah tinggi dan pulse yg agak rendah. Tahap kesihatan saya masih sihat dan boleh jalani hidup spt biasa. boleh ke saya mengambil vaksin Astra Zeneca pd awal bln July ini. Saya takut ada side effect, sedangkan tahap kesihatan saya spt biasa, cuma adakala bila byknsgt kerja rumah saya penat dan sakit2 sendi. T. Kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami faham bahawa anda bimbang tentang penerimaan vaksin COVID-19 dengan kondisi kesihatan anda. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, penyakit psoriasis, gout, mahupun darah tinggi bukanlah kontraindikasi untuk penerimaan vaksin COVID-19. Anda disyorkan untuk mengambil vaksin.
Untuk kepastian, anda boleh bercakap dengan mengenai hal ini selain memberitahu kondisi anda kepada pegawai perubatan di pusat vaksinasi.
Anda digalakkan untuk bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi bagi mendapatkan penerangan selanjutnya.
Anda juga boleh menghubungi Talian CPRC di:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini