Sulit
3 tahun
Pesakit yang discharge dari pusat kuarantin
abang saya baru lepas discharge dari pusat kuarantin, saya ingin bertanya, bagaimanakah cara pergaulan dia dengan saya dan keluarga ? dia dikuarantinkan di pusat kuarantin selama 5 hari.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda terutama pada musim pandemik ini. Untuk maklumat anda, tempoh kuarantin adalah selama 10 hari. Ini bermakna abang anda perlu melakukan kuarantin kendiri di rumah selama 5 hari lagi. Jika tidak mempunyai sebarang gejala selepas tamat 10 hari kuarantin, disarankan untuk abang anda melakukan ujian saringan kali ke dua bagi mendapatkan kepastian samada abang anda benar-benar bebas dari covid ataupun tidak.
Manakala berkenaan dengan pergaulan keluaraga dan abang anda, disarankan untuk mengelakkan bersentuhan, elakkan berkongsi bilik air, dan abang anda perlu kuarantin kendiri di dalam bilik sehingga tamat tempoh kuarantin.
Sila pantau keadaan abang anda buat masa ini dan segera menghubungi pihak kesihatan atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) untuk tindakan selanjutnya.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Jika anda masih mempunyai keraguan, anda juga boleh menghubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam daripada doktor kami. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini