
dayangsitimastura
5 tahun
Pil Perancang & cara makan yang betul
Sy berusia 23 & masih belum berkahwin. Kitaran haid sy mmg teratur 28hari. Boleh kah sy mula mengamalkan makan pil perancang dan membeli di farmasi tanpa preskripsi doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, pil perancang bertujuan untuk mengelakkan anda dari mengandung. Anda boleh mengambil ubat tersebut jika anda terdedah dengan aktiviti seksual dan tidak mahu mengandung. Ubat ini boleh didapati dari farmasi tanpa preskripsi doktor.
Selain itu, anda harus mengambil ubat ini setiap hari mengikut arahan yang terdapat pada produk tersebut. Hal ini kerana, ada pil yang mengandungi 28 biji pil yang harus diambil tanpa henti dan ada yang mengandungi 21 biji dengan 7 hari rehat. Anda disarankan untuk mengambil ubat ini pada masa yang sama setiap hari. Untuk 7 hari pertama anda mengambil ubat ini, anda harus mengamalkan kaedan kontraseptif yang lain seperti kondom sebelum ubat ini berkesan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui kaedah perancang yang paling sesuai untuk anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.