
Sulit
5 tahun
Pil perancang dan waktu subur
Ain, 30. Adakah pil perancang Keluarga boleh menghalang kehamilan walaupun sy dan suami melakukan hubungan intim ketika waktu subur?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang berperanan untuk mengawal tahap hormon anda supaya anda tidak bersubur untuk kehamilan. Oleh itu, hubungan intim semasa mengambil pil perancang adalah selamat selagi anda mengambil pil tersebut dengan cara betul.
Untuk memahami pil perancang dengan lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.