Sulit
2 tahun
Pil perancang oralcon / lendir coklat
Doc , saya ada ambil pil perancang oralcon 21 biji dan rehat selama 7 hari. Dalam masa 7 hari itu saya mengalami lendir coklat 2 hari dan ada darah pekat bersama lendir coklat itu. Setelah itu darahnya kering. Saya nak tanya adakah itu darah haid ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, kebanyakan pengguna pil perancang akan mengalami pendarahan faraj di luar waktu jangkaan haid. Pendarahan yang anda alami semasa pengambilan pil perancang tidak sama dengan tempoh haid.
Pendarahan yang berlaku sewaktu pengambilan pil perancang secara teknikalnya disebut withdrawal bleeding, yang bergantung kepada hormon dalam pil, dan di badan anda. Penurunan tahap hormon menyebabkan pelepasan lapisan rahim anda (endometrium). Pendarahan ini mungkin sedikit berbeza daripada tempoh yang anda alami sebelum mengambil pil. Ia juga boleh berubah dari masa ke masa semasa mengambil pil.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih