Sulit
2 tahun
Pil perancang yasmin dan ubat metformin
saya pesakit dm type 2…saya baru bersalin dan memilih untul merancang menggunakan pil perancang yasmin…dalam masa yg sama,saya dalam situasi on metformin 1 biji 2 kali sehari…soalan saya, berapa lamakah masa yang perlu saya jarakkan untuk kedua2 pil? biasanya pil yasmin saya akan ambik pada waktu malam sebelum tidur…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui jika anda perlu jarakkan masa mengambil ubat metformin dan pil perancang. Kami akan cuba membantu anda. Untuk makluman anda, penggunaan ubat perancang dengan metformin biaanya tidak akan mendatangkan kesan sampingan yang teruk. Namun, mengenai penjarakkan masa sebaiknyna anda merujuk kepada doktor supaya anda diberikan nasihat yang lebih tepat.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.