Sulit
3 tahun
Piriformis syndrome dan urat sempit
Tahun lepas ketika hamil sy didiagnos sindrom piriformis dimana punggung hingga betis sakit dan kebas tapak kaki. Doktor pakar ade sebut katanya urat sempit. Selepas sebulan bersalin sakit itu hilang . Ketika bayi berusia 7 bulan, kaki saya kembali sakit di tempat yang sama. Baru berdiri sekejap dah rasa sakit. Apa puncanya dan apakah solution yang boleh dibuat? Saya ade terbaca tentang penyakit arteri periferal, adakah ia penyakit yang sama?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, sindrom piriformis biasanya disebabkan tindihan atau tekanan otot piriformis ke atas urat saraf sciatic. Faktor risiko utamanya ialah terlampau banyak menggunakan otot ini atau trauma daripada sukan. Sakitnya biasa datang apabila melakukan aktiviti seperti naik tanggan, berjalan atau berlari.
Cara mengatasi sakit ini adalah:
- Fisioterapi
- Senaman
- Senaman regang
- Rawatan ubat seperti ubat tahan sakit dan jarang sekali; pembedahan
Penyakit arteri periferal merupakan sakit yang disebabkan oleh saluran darah. Ia berbeza daripada sindrom piriformis. Puncanya disebabkan oleh pembentukan plak berlemak yang menyebabkan saluran darah anda sempit. Hal ini lalu menyebabkan otot dan struktur lain di sekitar kawadsan saluran darah tersebut kekurangan oksigen dan nutrien. Faktor risikonya adalah merokok, kencing manis, obesiti, hipertensi, kolesterol tinggi, umur tua dan sejarah keluarga mempunyai penyakit ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.