
Anonymous
6 tahun
Piriod semasa hamil tetapi piriod
Assalammualaikum doc.saya nak tanya soalan.last saya piriod mac…then bln 4 saya tak piriod tapi pada awal bln 5 saya piriod.tetapi saya cuba utk cek upt result ada positif.ade kah kemungkinan saya masih pregnant atau keguguran.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Anda disarankan untuk melakukan ujian UPT sekali lagi, dan periksa di klinik berdekatan untuk memastikan anda benar-benar hamil. Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran
- Kehamilan ektopik/molar
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.