Sulit
2 tahun
Positif Covid 19 selepas ujian PCR
Saya baru sahaja disahkan covid 19 dan buat masa sekarang saya tiada simptom yang serius. Bacaan PCR CT value saya 32-33. Soalan saya adakah saya boleh menjangkiti ahli keluarga lain jika saya tidak memakai penutup muka?
Adakah berkemungkin CT Value boleh menurun semula?
Terima Kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang diajukan.
Kami memahami persoalan anda mengenai keperluan memakai pelitup muka.
Untuk pengetahuan anda, sekiranya disahkan positif, wajib untuk anda dan keluarga anda memakai pelitup muka. Jangkitan boleh berlaku dan lebih cepat berlaku jika tinggal serumah. Pesakit positif boleh menjangkiti orang lain. Oleh itu, kekal ikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM.
Selain itu, anda juga perlu melakukan kuarantin kendiri di dalam bilik dan tidak bercampur dengan ahli keluarga yang lain selagi tidak di panggil untuk ke pusat kuarantin.
Untuk maklumat,anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). untuk maklumat lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini