firdausm775

5 tahun

Post concussion syndrome?

Hi, selamat pagi. Ini kisah saya, Saya kemalangan motor pada 2012 dan parah di kepala sehingga hilang ingatan hampir sebulan. Pada mulanya doktor labelkan penyakit saya ini amnesia, yelah sebab hilang ingatan sementara kan… dan pada 2013 ketika memori saya mula kembali… saya demam dan ketika saya demam saya boleh bersembang dan melakukan hari saya seperti normal, akan tetapi saya seolah-olah blur, dan selalu rasa takut ingin lakukan sesuatu. malah yang lebih menyedihkan saya hanya mampu tidur sepanjang hari tanpa makan dan minum. Ianya berlanjutan sehingga hari ke 7. Masuk hari ke 8 saya dah mula muak dgn tidur dan hanya makan minum dan main telefon. Sekurang-kurang 2-3 minggu sakit ini baru sembuh… Ia perlukan masa yang sangat lama untuk sembuh… Ianya berlaku saat saya demam sahaja… saya pun taktahu dah cara nak sembuh bagaimana. Pergi ke klinik doktor cakap demam biasa dan perlukan rehat sahaja. Tapi sampai bila ? sudah 7 tahun saya mengalami sakit ini. Yang lebih menyedihkan… saat saya baru mula bekerja di umur 21tahun ni … ditimpa lagi sakit ini… dan saya kehilangan kerja kerana sakit ini. Baru nak confirm 3 bulan dah ditendang keluar kerana tidak hadir selama 7 hari dan mc xboleh cover cuti dah… Pernah saya pergi ke hospital pantai di Seri Manjung… pada 2015 tak silap… doktor berikan ubat Celebrex 20mg kot… Alhamdulilah ubat itu ok akan tetapi hanya untuk hilangkan sakit kepala saja tetapi saya tetapi dalam keadaan “blur” dan perlu tunggu 2-3minggu baru sembuh… Doktor, tolonglah saya, rawatan apa lagi yang saya perlukan… dan sakit ini sampai bila doktor ?.. Pada 2014 tu lah yang saya dilabel kan Post Concussion Syndrome… sampaikan Dicop sebagai OKU dah… masa sekolah tidak mengapa lah… cuti pun xpa… Tapi bila dah masuk alam pekerjaan… dan mungkin hari-hari akan datang saya akan kahwin … siap yang akan tanggung semua itu… Doktor tiada jawapan kah ? Siapa lagi saya perlu persoal… Bantulah saya… Sedikit tambahan, kita sihat saya achieve macam2… Dekan setiap sem jangan cakaplah… No.2 dalam perak pointer tertinggi Diploma. Tapi, tak sia-sia kah semua itu jika sakit ini masih menghalang saya ?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda dihadapi. Namun begitu, masalah anda adalah kompleks dan memerlukan maklumat lanjut, pemeriksaan serta ujian tertentu juga mungkin diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.

Biasanya masalah ingatan atau sebarang masalah berkaitan otak lebih difahami oleh doktor pakar otak dan saraf atau dipanggil neurologist. Saya mencadangkan agar anda merujuk masalah anda ini kepada pakar otak agar pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca gejala yang anda hadapi serta dirawat dengan betul dan tepat.

Sila lik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

sakit_kepala_di_dahi2

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)