Sulit
3 tahun
Radiofrequency Ablation untuk thyroid nodules
Saya lelaki 63 tahun & telah 10 tahun mengalami bengkak thyroid nodule di kiri leher. Pemeriksaan hospital mendapati thyroid function saya ok & cadangkan surgery. Saya ingin tahu jika di Malaysia terdapat rawatan non invasive seperti Radiofrequency Ablation bagi mengecilkan bengkak tersebut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, rawatan radiofrequency ablation tidak disarankan untuk semua orang dan bukan untuk semua jenis penyakit tiroid bengkak. Oleh itu, anda harus berbincang dengan doktor anda untuk pilihan rawatan bagi penyakit anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.