
Anonymous
5 tahun
Rahim keras dan 5 bulan tidak datang bulan
Selamat pagi doktor saya berumur 23 tahun. Saya sudah mengalami sakit ni 5 bulan. Saya tidak datang bulan sampai sekarang dan rahim saya bengkak. Saya tidak selesa. Kadang2 sakit di rahim , ia tarik urat urat di pinggang saya. Saya tidak boleh makan pedas atau terlalu kenyang. Cuma buah dan sayur saja tiada masalah. Saya juga mudah sesak nafas. Apabila saya buang air besar atau air kecil ia mengempis sedikit. Boleh saya tahu apa sejenis penyakit saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk menjawab pertanyaan anda kami perlu memastikan organ yang mengeras itu adalah rahim anda. Kesakitan yang anda alami ini boleh disebabkan oleh banyak perkara.
Masalah haid lewat boleh disebabkan oleh:
- Hamil
- Gangguan hormon
- Sindrom Polycystic ovary
- Masalah kelenjar tiroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.