norazira74.na
4 tahun
Rasa berdebar debar tp jantung tk berdetak
Sy berumur 45 tahun, sy kerap rasa berdebar debar tanpa sebab. Tapi jantung sy langsung tk berdegup atau kedengaran.masalahnya sy bukan dlm situasi yg stress…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan berikutan masalah ini. Untuk makluman anda, secara kasarnya, detak jantung yang normal adalah tidak kedengaran dan ia akan dihitung oleh doktor dengan memegang point tertentu di tubuh anda menggunakan stetoskop.
Malah, merujuk kepada keluhan anda mengenai perasaan berdebar-debar, ia dapat timbul disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- akibat pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh
- akibat kebimbangan dan panik
- akibat alkohol
- dehidrasi
Bagi mendapatkan info tambahan, silakan rujuk ke doktor dengan klik pada link di bawah ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!