
Sulit
5 tahun
Rasa berdenyut bahagian kanan perut
Saya nur berusia 25thn . Kenapa kdg2 saya ada rasa berdenyut bahagian kanan perut saya ye dr ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, gejala ini boleh menjadi normal jika atau boleh disebabkan oleh masalah berbahaya seperti salur darah yang membengkak seperti Aortic Aneurysm. Namun, masalah salur darah membengkak ini kebiasaannya jika anda memiliki risiko berikut:
- Usia tua 65 tahun ke atas
- Darah tinggi
- Merokok
- Kolestrol tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.