
dillachrisyla
5 tahun
Rasa gatal pada miss V dan kerap kencing
Saya berumur 20 tahun dan sudah berkahwin… Semenjak beberapa hari ini saya sering kali berasa gatal pada miss V dan kerap kencing tetapi dalam kuantiti yg sedikit… Adakah sy trkena UTI ??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan saluran kencing (UTI)
- jangkitan kelamin (STD)
- masalah pundi kencing
Lazimnya, UTI datang dengan simptom lain seperti demam, sakit pedih ketika kencing, sakit pada bahagian pinggang, rasa panas pada ari-ari terutamanya ketika kencing dan kencing kerap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih