Sulit
2 tahun
Rasa takut dan lemah
Saya lelaki 26 tahun. Saya berasa hari hari lemah belakang sakit badan lesu terganggu semua aktiviti yang saya hendak buat. Saya selalu sakit urat belikat saya tak bermaya.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Bersenam berlebihan
- Sentiasa mengamalkan posisi badan yang kurang memuaskan
- Kecederaan pada otot atau sendi tulang belakang
- Gangguan saraf
- Penyakit saluran darah
- Penyakit lain seperti masalah pada sistem hepatobiliari, buah pinggang dan lain
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Tulang.