Sulit
2 tahun
Resdung sakit telinga
Saya wanita berusia 24 tahun
Baru2 nie saya mengalami ulser yg teruk , mnyebabkan saya demam utk dua Hari Dan selepas itu saya menbuat ujian covid ag kerana risau simptoms ye , dah result ye adalah negative . Kemudian sye mngalami selsema dan Batuk serta rse gatal Dan sakit Dalam telinga. Adakah itu resdung
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan bakteria atau virus lain seperti virus influenza
- Radang tonsil
- Trauma pada tekak
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.