
Sulit
4 tahun
Sakit bawah perut berterusan
Hai Dr.
Pd Disember 2020, sy sakit pd bhgian bwh perut. Dituruti dgn mual, krg selera mkn, alahan bau dan lesu.
Pd mulanya, sy ingatkan sy hamil sbb haid sy 4 hari lewat.
Bila sy buat upt, result nya negatif.
Sy pergi klinik, doktor syak sy apendiks dan Doktor sruh sy ke hospital.
Di hospital, doktor ambik darah, urine test n scan mmg ragu2 sama ada apendik atau tak.
Bbrpa hari sy duk hospital sbb doktor x boleh nak buat keputusan. Akhirnya doktor kate apendik, dan nk bedah.
Slps itu, perut sy msh sakit bhgian bwh. Dan bulan berikutnya haid sy lewat 7 hari, pd mula nya sy masih ngt sy hamil krna sy sama spt sebelum nie, rasa mual2, pening, dan lesu, cuma selera makan bertambah.
Tp sekali lg result upt negatif dan hari ke 8 lewat, haid dtg spt biasa.
Bulan berikutnya, perut sy masih lg sakit, dgn mual2 mkin teruk drp sblm nie, tegang dan sakit bhgian payudara, pening kpla, sembelit, kembung perut.
Yg nie sy tk buat ujian upt krna haid sy baru terlewat 2 hari tp hari 3, haid dtg seperti biasa.
Jadi sy keliru, kenapa tiap bulan sy alami perkara yg sama?
Adakah sy ada masalah lain menurut doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jika anda menjalankan ujian kehamilan sendiri dan dapati negatif, anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan di klinik untuk mendapatkan keputusan yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.