
Sulit
5 tahun
Sakit belakang 1 minggu
Sy nak tanye…sy 1 mggu dah sy sakit belakang…mgkin sy kena masa angkat barang berat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit belakang yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit belakang berdasarkan keterangan anda, ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah otot kejang
- slipped disc (lazim berlaku pada bahagian pingang tulang Lumbar 4 dan 5)
- herniated disc
- ankylosing spondylitis
- masalah batu karang dalam buah pinggang
Terdapat penyebab lain yang jarang berlaku seperti:
- tibi tulang belakang (tb spine)
- jangkitan kuman pada tulang (osteomyelitis)
Lazimnya sebelum mencapai diagnosis, ujian seperti pemeriksaan fizikal, ujian pengimejan seperti MRI tulang belakang akan dibuat terlebih dahulu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.