Sulit
3 tahun
Sakit belakang dada hingga pinggang bahagian kiri
Saya wanita berumur 25 tahun, saya mengalami masalah sakit bahagian belakang dada sehingga pinggang kadangkala kebas kaki semua sebelah kiri sejak sebulan yang lalu. Saya ada berjumpa dengan doctor sebelum ini bertanyakan mslh sya, kemungkinan kesan daripada ubat bius semasa saya menjalani pembedahan membuang ketuhan fibroadenoma di payudara saya pada 21/1/2020. Tapi sakit ni mengganggu sya bbrapa hari ini terutama bahagian blkng dada dan sakit pinggng sehingga sukar utk tidur. Kadangkala rasa mencucuk pada dada kiri bila tarik nafas dan rasa loya bila sakit ni dtg. Saya ambil pil tahan sakit utk melegakan sakit ni. Ia merisaukan saya jika kerap mengambil pil tersebut. Adakah ada sebab lain yg menyebbkn sakit ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.