
Sulit
5 tahun
Sakit dalam perut selepas keguguran 2 kali
Hi sayaa wanita dalan umur 20 an, saya nak bertanyaa, masalah saya sekarang adalah saya tidak datang bulan sejak bulan 7 - 2018. Kemudian pada bulan 6,7 dan 8 2019 saya telah mengalami pendarahan yang sangat teruk. Ketulan darah yang keluar sangat bnyak dan ketulan yg sangat besar seperti janin. Ianyaa sangat bnyak sehinggakan pad yang saya pakai tidak dapat menampung ketulann darah yang keluar. Untuk makluman ianyaa akan berlaku sebulan 2 kali selama 3 bulan. Pada bulan 9 ni pulak saya tidak datang bulan akan tetapi perut saya rasa sngat² sakit di bahagian kanan, dan dalam perut sehinggakan mengganggu aktiviti harian saya. Saya tidak pernah mendapatkan rawatann doktor di mana2 hospital atau klinik. Boleh doctor jelaskan ape masalah yang saya hadapi ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan yang banyak yang anda alami boleh disebabkan:
- Keguguran - sekiranya merancang untuk hamil
- Pendarahan polip/fibroid - fibroid yang membesar dalam rahim boleh menyebabkan kembung perut dan sakit
- Sista (cyst) dalam ovari seperti sindrom polisistik ovari
- Kehamilan luar rahim
- Kanser ovari
- Radang apendiks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.