
sitiafifah5376
5 tahun
Sakit dan bengkak payudara kiri
Salam dan selamat tengahari,saya ibu pada 2 orang anak,sy berumur 27 tahun,masalah yang saya alami sekarang payudara sebelah kiri saya terasa sakit dan bengkak saya masih susukan anak 1 tahun,sakit saya akan terasa bila susu penuh,bahagian atas payudara,apakah masalah yang saya alami harap doctor dapat terangkan kepada saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda mungkin sedang mengalami jangkitan pada payudara anda atau dikenali sebagai mastitis.
Ini mungkin disebabkan luka pada puting dan kemudiannya terdedah kepada kuman dari mulut anak anda atau persekitaran dan menyebabkan jangkitan ini.
Namun, bengkak ini juga boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
Anda perlu mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan jangkitan ini merebak dan menjadi lebih teruk. Sila kunjungi doktor anda yang terdekat atau anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.