
syafgils
3 tahun
Sakit di bahagian belakang kiri
Saya lelaki berumur 33 tahun… saya rasa sakit di bahagian rusuk belakang kiri dekat dengan belikat seperti di tarik bila saya bernafas… lebih dalam saya bernafas lebih sakit… dan kadang2 akan terasa sakit bila saya menggerakkan badan kekiri dan kekanan…apekah masalah yg saya hadapi dan ape yang saya perlu lakukan utk menghilangkan rasa sakit itu… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Masalah paru-paru seperti pneumonia
Penyakit jantung koronari
Masalah otot
Keradangan tulang rusuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan mengetahui punca masalah anda, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.