Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian puting payudara
Hi doktor, saya wanita berusia 20an.baru2 ini saya mengalami sakit di bahagian puting payudara sebelah kanan apabila ditekan. Contohnya apabila saya meniarap di atas lantai, bhg puting payudara kanan saya akan terasa sakit. Adakah ini normal? Sbb saya tidak pernah mengalami sakit di bhg tersebut sblm ini.
Utk pengetahuan Dr juga, terdapat ketulan di dada kanan saya dan telah berjumpa dgn doktor namun disyaki bukan kanser dan mungkin ketumbuhan fibrodaenema(maaf saya lupa term) tp masih belum jumpa doktor pakar utk pengesahan.
Adakah perkara ini saling berkaitan atau rasa sakit ini akan hilang dgn sendiri?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit payudara yang anda alami boleh disebabkan:
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Ketumbuhan - sekiranya anda mempunyai gejala hilang berat badan, sejarah kekeluargaan dan benjolan pada payudara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.