
Sulit
3 tahun
Sakit di bawah dagu dan ngeri
Saya wanita 22 tahun selepas vaksin dos kedua dagu saya rasa ngeri dan rasa sengal² adakah itu effect vaksin

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Walaubagaimanapun, gejala yang anda alami tidak semestinya dikaitkan dengan vaksin, sila rujuk dokor bagi mendapatkan kepastian tentang masalah anda.
Sakit di bawah dagu juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- kecederaan
- masalah kulit
- sakit gigi atau rahang
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini