
Anonymous
5 tahun
Sakit gonorea pd wanita
salam… sy wanita berumur 29thn… dh 3harini sy mngalami kepedihan bila mmbuang air kecik… ada cek sendiri area kemaluan kemerahan dan seakan mcm ulser dan ad lelehan air y berbau… bukan keputihn… bolh saya tahu cara nk mengubati sakit ni… ubat ap utk sy cari… doc ap perlu sy pergi jmpa…
terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, luka pada kemaluan boleh disebabkan oleh banyak perkara, seperti:
- Jangkitan penyakit STD seperti herpes atau sifilis
- Radang akibat jangkitan lain
- Luka akibat digaru
- Kecederaan akibat pemakaian pakaian dalam yang kurang sesuai.
Antara yang boleh anda lakukan adalah memeriksakan diri ke doktor seperti doktor pakar sakit puan agar dapat dilakukan pemeriksaan yang lengkap serta dapat diberikan rawatan yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.