
haniffshah94
5 tahun
Sakit kaki keterlaluan
Salam sejahtera doktor,saya amirul umur 25 tahun, sy mngalami sakit kaki kiri seperti terseliuh secara tiba2 sedangkn sy tidak jatuh,kali pertama sy urut dan ia smakin parah sehingga tidak mampu berjalan dan sy buat rawatan demah ais sndiri dan sakit iti hilang dan sy boleh berjalan smula…kali ke 2 masih di kaki kiri…kali ni kali ke 3 di kaki kanan pula…sy ke hospital kerajaan tetapi prosedure mereka begitu lama…sy kena tggu tarikh utk ujian darah…sakit tu bermula dri buku lali terus ke atas kaki dan tapak kaki…shingga sy x mampu nk mnjejakkn kaki ke lantai…terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan tuan, beberapa punca kepada gejala sakit kaki ini boleh terjadi seperti:
- Penyakit arteri (saluran darah) periferi
- Saluran dalam darah tersumbat (Deep vein thrombosis)
- Jangkitan pada sendi kaki
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.