
Anonymous
5 tahun
Sakit kencing yang terlalu kerap
sy wanita umur 25 tahun. sy lalui kehidupan dgn mengambil sejenis dadah ketamin dan menyembabkan kesan sy skrg terlalu kerap kencing hampir sejam dua tiga kali tidur sejam bangun untuk kencing selama dua tahun sy lalui semua ini… sy tak boleh buat apa2 aktiviti tak boleh bercuti semua nya sebab sy selalu nak ke tandas… betul ke kwn sy ckp pundi kencing sy dh kecut dan tak boleh baik? ada tak rawatan untuk sy kembali normal dlm hidup sy walaupun berhenti mengambilan barang trlarang tu pon tak akan pulihkan diri sy seperti dulu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kekerapan kencing yang anda sebutkan boleh terjadi kerana:
- Kesan penggunaan ketamin
- Diabetes mellitus/insipidus
- Radang pundi kencing
- Jangkitan saluran air kencing
- Batu karang
- Kanser pundi kencing
Anda dinasihatka untuk berjumpa dengan doktor segera bagi mendapatkan nasihat serta rawatan bersesuaian bagi ketagihan ketamin anda serta punca kepada masalah kencing ini. Sekian.