Sulit

3 tahun

Sakit kepala bahagian kiri, tengkuk, badan sebelah kiri sehingga kaki kiri

Saya wanita berusia 26 tahun sering sakit di bahagian sebelah kiri kepala, sakit tengkuk, sakit belakang sebelah kiri sehingga kaki kiri.Kadang2 tangan sebelah kiri pun sakit juga. dah sakit 6 hari dah. makan panadol x melegakan. sakit kedua saya ialah kerap kencing. tapi x sakit. saya kerap haus, Dan selalu minum air masak. saya hairan selepas pergi buang air kecil x lama lepas tu akan terasa nak kencing lagi. mohon pencerahan DR. terima kasih. slm ramadan.

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbang anda mengenai masalah yang berlaku. Untuk makluman anda, kebiasaannya pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.

  • migrain
  • sakit kepala berkelompok
  • sakit kepala tension
    Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.

Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.

  • darah tinggi
  • rabun mata
  • trauma
  • kanser otak

Masalah sakit tengkuk dan belakang yang anda hadapi mungkin berkait dengan masalah tulang ataupun tidak. Terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah anda iaitu:

  • Kecederaan pada tisu atau otot pada bahagian tersebut
  • Kecederaan pada soket bahu
  • Ketegangan pada otot dan tendon leher dan bahu akibat pergerakan leher yang mengejut.
  • Salah posisi tidur
  • Masalah tulang belakan yang boleh mengganggu pengsarafan saraf tunjang leher dan bahu. Ini dikenali sebagai Cervical Radiculopathy . Ia boleh disebabkan oleh faktor umur atau kecederaan yang pernah terjadi terhadap leher atau tulang belakang
  • Cakera tulang belakang yang kembung atau terjatuh ( Slipped disc or Herniated disc )
  • Keradangan pada sendi tulang belakang atau sendi soket bahu.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala kerap kencing, antaranya:

  • Jangkitan kuman pada pundi kencing
  • Gejala penyakit kencing manis
  • Terlalu banyak minum air
  • Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
  • Radang pada pundi kencing
  • Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
  • Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)

Masih terasa lenguh dan sakit tulang? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!

Masalah ini adalah sangat subjektif dan berkait dengan pelbagai perkara. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

sakit%20kepala%20berterusan

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (0)