
Sulit
5 tahun
Sakit kepala n demam
Saya wanita dalam 20an, dan sudah 4 hari saya mengalami sakit kepala. Berdenyut-denyut sampai tak blh nk bangun berdiri lama2…
3 hari yg lepas sy demam mengejut. Balik dari kerja badan terus panas. Sy tak mudah sakit atau demam. Sy hanya akan demam bila sy tak cukup air dlm bdn. Kali terakhir sy demam sewaktu sy tingkatan 2… sy jugk mengalami sakit pinggang dan harini sejak dari pagi belakang leher saya sakit… adakah ini perkara biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- demam denggi
- jangkitan virus influenza
- jangkitan kuman pada otak/selaput otak
- migrain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.