
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala ni normal or not?
Assalamualaikum …
sy nk tny , sy slalu sakit kepala biasanya paling sakit pd wktu pagi … masa sakit tu kt kepala ni tiba tiba rasa mcm sejuk kebas . If sy tinggikan bantal sikit , akan rse mcm dlm darah tu turun … so adakah ini normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah sakit kepala ini. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala berdasarkan keterangan anda boleh disebabkan oleh:
- Postural hypotension (sakit kepala kerana berubah posisi kepala)
- Transient ischaemic attack (strok sementara)
- Tulang belakang menekan pada saraf (herniated disc)
- Trigeminal neuralgia (lazimnya rasa kebas pada rahang)
- Sakit kepala migrain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.