
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala setiap pagi sebelum makan
As’salam dan salam sejahtera doc…sy baru baik dari demam panas…keadaan makan sy semasa sakit tak betul…selepas sihat sy bangun pagi kerap sakit kepala dan berpeluh…setelah sy makan cth:nasi baru kepala saya hilang sakit…kenapa ye doc…perlu pencerahan dari doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Hipotensi postural
- Kekurangan gula
- Kesan ubat-ubatan
- Migrain
- Jangkitan otak
Ada banyak punca kepada sakit kepala oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.