Sulit
3 tahun
Sakit kepala,telinga dan hidung
Saya berumur 20 tahun. Hidung saya rasa pedih sampai ke kepala dan telinga berdenyut. Kepala saya rasa seperti darah naik ke kepala dan kadang-kadang berdenyut. Ia berlaku apabila saya tunduk dan bila-bila masa shaja ia menyerang. Badan saya juga rasa penat. Saya tidak selsema,batuk dan bersin. Boleh saya tahu kenapa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami mungkin berkaitan antara satu sama lain atau sebaliknya. Malangnya maklumat yang diberikan adalah terhad dan banyak soalan yang harus diajukan untuk pihak kami memahami gejala sebenar yang anda alami. Oleh disebabkan itu, saya tidak dapat untuk menjawab persoalan yang anda ajukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.