Sulit
3 tahun
Sakit lengan kiri seperti dilenyek
saya wanita 29tahun. saya mengalami sakit seperti dilenyek lori sekitar 6bulan yg lalu. kadang kadang rasa sakit muncul dua minggu sekali. sakit seperti lenguh, seperti di lenyek lori. boleh doctor jelaskan kenapa sy rasa seperti itu. saya penghidap darah tinggi dan makan ubat perindopril serta propranolol. terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah sendi
- Masalah saraf
- Masalah otot
- Sakit di bahagian lain yang merebak ke bahagian bahu
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.