Anonymous
4 tahun
Sakit lutut kiri selepas menaiki motorsikal
Saya mizi. Umur 42. Sakit lutut ini terjadi selepas menaiki motorsikal lebih setengah jam. Setiap kali bila sudah berenti. Saya tidak boleh terus berjalan. Kena turun kan kaki perlahan2. Beberapa minit baru boleh jalan seperti biasa. Dengan kata lain. Kalau saya tiada buat pergerakan pada kaki saya. Lutut saya akan sakit.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit lutut anda mungkin boleh disebabkan:
- Penyakit arteri (saluran darah) periferi - sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan kematian tisu kaki
- Penyakit Rheumatoid artritis
- Gout
- Koyakan pada ligamen/tendon lutut
- Masalah cakera tulang belakang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.