
Sulit
3 tahun
Sakit/pening kepala berterusan
saya 20 tahun … kepala saya belah kanan selalu sakit,hilang kejap pun nnti dtg balik … kepala saya selalu jgak pening,ada satu kali tu satu hari pening even dah makan and tidur … kenapa ye asyik macam ni ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda sering mengalami sakit serta pening kepala. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kumpulan gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala tegang
- Sakit kepala kluster
- Infeksi pada otak (meningitis, encephalitis dll)
- Tumor di otak
- Masalah saluran darah di otak
Berikut merupakan diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis tepat kerana tiada sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.