
Sulit
4 tahun
Sakit perut berangin dan susah membuang air besar lebih dari seminggu
Sy lelaki umur 30, mengalami masalah ketika membuang air besar terasa seperti sembelit, sudah mengunakan ubat sembelit melalui dubur. Najis cair dan sikit. Tetapi masih terasa seperti sembelit dan masih sakit perut. Sakit perut hanya menyerang ketika hendak buang air besar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sembelit dan sakit perut yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Kekurangan serat dalam diet makanan
- Kurang air - dihidrasi
- Masalah radang usus
- Usus terbelit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.